Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

180) MEMBANTU RAKYAT DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam kesungguhan Kerajaan membantu rakyat di Negeri Selangor untuk memiliki tapak kediaman( Tanah Lot) : Tidak kah premium (Notis 5A) yang dikeluarkan mengikut nilaian tanah harga semasa itu agak tinggi dan membebankan rakyat?

    1. Kadar-kadar harga premium tanah adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor sekiranya tanah tersebut adalah untuk pertanian dan pemohon mengusahakannya. jika pemohon tidak mengusahakannya maka ia adalah berdasarkan penilaian semasa oleh Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH). Bagi tanah untuk kediaman, industri dan perniagaan ialah berdasarkan penilaian semasa oleh JPPH. pengenaan  Premium  adalah berdasarkan formula Kaedah Tanah Selangor. jumlah premium lazimnya tinggi oleh sebab formula ini mengambil kira nilaian tanah pada harga pasaran oleh JPPH Kementerian Kewangan Malaysia.
  2. Masa pembayaran Notis 5A yang diberikan selama 3 bulan dan tambahan 1 bulan itu juga membebankan rakyat. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini dalam konteks membantu rakyat miskin di Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap masalah pembayaran premium oleh pemohon yang berpendapatan rendah. kerajaan Negeri telah menetapkan pendapatan  isi rumah sebanyak RM1500.00 dan ke bawah setiap bulan akan  mendapat  pengurangan sebanyak 40% daripada premium yang dikenakan (hanya untuk tujuan bangunan kediaman yang didiami atau diduduki

Lampiran

Tiada Lampiran.