Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

26) MEMBANTU PENIAGA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat peniaga yang menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan kesan dari kenaikan harga bahan bakar. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menurunkan cukai premis komersil milik agensi- agensi Kerajaan Negeri seperti PKNS dan KDEB untuk bagi membantu peniaga mengawal harga?

    Kadar cukai taksiran yang dikenakan kepada semua premis komersial termasuk milik agensi Kerajaan Negeri adalah sama rata memandangkan kadar cukai yang dikenakan buat masa ini adalah berpatutan mengikut keadaan semasa dan menjadi sumber hasil kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Walaubagaimanapun, cadangan untuk menurunkan kadar cukai kepada premis komersial milik agensi Kerajaan Negeri seperti PKNS dan KDEB bagi membantu peniaga mengawal harga barang boleh diusahakan dan dipertimbangkan sepertimana yang dilakukan ke atas penurunan kadar cukai taksiran untuk premis-premis Majlis Agama Islam Selangor yang dikenakan cukai taksiran secara nominal dan token bagi semua hartanah milik MAIS.

  2. Apakah Kerajaan Negeri juga bercadang menurunkan kos lesen perniagaan untuk tujuan yang sama?

    Untuk makluman Y.B Tuan, fi lesen yang dikenakan kepada pemilik premis buat masa ini adalah mengikut kadar fi yang lama dan masih dalam tindakan pindaan Undangundang Kecil PBT memandangkan terdapat fi lesen yang dikenakan oleh PBT tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun yang lalu. Bagi tujuan penyelarasan dan mengikut kadar fi yang berpatutan, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mempertimbangkan daripada pelbagai aspek. Buat masa ini, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa fi lesen perniagaan yang dikenakan kepada premis adalah terlalu kecil di dalam menyumbangkan kepada kenaikan harga.

Lampiran

Tiada Lampiran.