Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

118) MEMBAIKPULIH PUSAT REKREASI

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan bagi memperbaiki pusat-pusat rekreasi yang musnah akibat banjir?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi pusat-pusat rekreasi di kawasan PBT sekiranya terjejas atau memerlukan naik taraf. Penyelenggaraan dan pembaikan pusat-pusat rekreasi dibuat secara berperingkat dan mengikut keutamaan berdasarkan status kawasan rekreasi antaranya kekerapan pengunjung dan tahap penggunaan kemudahan. Usaha lain juga adalah memohon sumbangan di bawah program Corporate Sosial Responsibility (CSR) untuk bersama-sama membantu menaik taraf kawasan rekreasi.

    Banjir yang berlaku baru-baru ini tidak menjejaskan pusat-pusat rekreasi yang diuruskan oleh PBT. Sekiranya berlaku, PBT akan mengenal pasti punca banjir di pusat rekreasi yang berkenaan dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan berdasarkan peruntukan yang diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.