Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

189) MEMBAIKI PULIH JALAN-JALAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor terpaksa bergantung kepada MARRIS untuk membaiki jalan-jalan raya di Negeri Selangor?

    Kenyataan bahawa Kerajaan Negeri terpaksa bergantung kepada peruntukan MARRIS adalah kenyataan yang tidak tepat. Peruntukan MARRIS adalah merupakan Geran yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan. Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan pembangunan bagi penyelenggaraan jalan raya di Negeri Selangor kepada Jabatan Kerja Raya.

    Selain daripada Geran MARRIS ini, Kerajaan Negeri turut juga menyediakan peruntukan untuk membaiki jalan melalui Geran Selangorku.

  2. Berapakah jumlah peruntukan wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan MARRIS bagi membaiki jalan-jalan di Negeri Selangor pada tahun 2011?

    Pada tahun 2011, sebanyak RM66,267,205.32 telah dibelanjakan untuk pelaksanaan projek MARRIS daripada keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan. Pecahan bagi perbelanjaan tersebut adalah seperti berikut:-

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH (RM)
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 4,277,030.00
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 6,567,748.85
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 4,990,900.00
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 5,837,625.50
    5 Majlis Perbandaran Kajang 5,809,708.00
    6 Majlis Perbandaran Selayang 6,443,452.72
    7 Majlis Perbandaran Klang 9,307,662.00
    8 Majlis Perbandaran Sepang 3,066,177.95
    9 Majlis Daerah Kuala Selangor 5,919,995.00
    10 Majlis Daerah Kuala Langat 5,179,841.70
    11 Majlis Daerah Hulu Selangor 3,911,680.00
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam 4,955,383.60
    JUMLAH 66,267,205.32
  3. Berapakah jangka masa yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membaiki sesebuah jalan yang rosak dari tarikh penerimaan aduan tersebut?

    Tempoh masa yang diambil untuk membaiki jalan yang rosak adalah di antara satu hari ke satu minggu bergantung kepada jenis kerosakan. Sekiranya kerosakan adalah besar (major) dan memerlukan perbelanjaan yang banyak, tempoh masa yang diperlukan adalah satu hingga dua bulan melalui proses sebut harga atau tender. Perincian bagi tempoh masa yang diambil bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di

    Lampiran A.

    LAMPIRAN A

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JANGKA MASA
    1 MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT Untuk kerosakan jalan seperti Poth hole kerja-kerja dilaksanakan dalam tempoh 1 atau 2 hari dari aduan diterima oleh road gang berdasarkan lokasi atau jarak. Selain itu untuk skala kerosakan yang sederhana akan dibuat oleh kontraktor panel (lantikan secara inden). Tempoh masa yg diambil oleh kontraktor ialah 1 minggu.

    Untuk kerosakan jalan berskala besar ianya memerlukan kos yang tinggi & mengambil masa melibatkan proses sebutharga. Untuk kerja sebutharga ianya memerlukan masa berdasarkan TI yg melibatkan proses iklan/jualan/penilaian& jawatankuasa sebutharga untuk melantik kontraktor.

    2 MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Hanya bergantung kepada kerosakan jalan. Sekiranya kerosakan jalan tersebut besar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak, ianya perlu disebutharga atau ditender.

    Bagi kerja-kerja sebutharga dan tender masa diperlukan adalah selama 1 bulan hingga 2 bulan.

    Untuk kerja-kerja ‘pothole’ pembaikan dilakukan oleh pekerja rendah awam dalam masa seminggu.

    3 MAJLIS

    PERBANDARAN

    SUBANG JAYA

    1.Kerosakan jalan yang kritikal dijalankan dalam tempoh 1 hari bekerja yang mana akan dijalankan oleh unit road gang MPSJ.

    2.Kerosakan jalan yang biasa dijalankan dalam tempoh 3 hari bekerja yang dijalankan oleh kontraktor penyelenggaraan tahunan MPSJ.

    3.Pembaikan jalan secara pemantauan dan aduan rakyat dijalankan oleh kontraktor penyelenggaraan tahunan MPSJ.

     

        4.Kerja-kerja menurap semula jalan dilakukan dikawasan yang telah berusia lebih 10 tahun dimana penurapan ini bergantung kepada keadaan jalan tersebut.
    4 MAJLIS

    PERBANDARAN SEPANG

    Tempoh masa yang diambil Majlis Perbandaran Sepang dalam mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan jalan di bawah penyelenggaraan majlis terbahagi kepada dua kondisi iaitu:

    1.    Sekiranya aduan tersebut melibatkan kerosakan kecil (minor) seperti jaln berlubang (pothole) :

    Lawatan tapak serta penyediaan spesifikasi pembaikan dalam masa 24 jam dan kerja pembaikan dalam masa 2 hari bekerja.

    2.    Sekiranya aduan tersebut melibatkan kerosakan besar (major) seperti jalan mendap atau kerja pembaikan yang melibatkan kerja memperbaharui permukaan jalan serta memerlukan kos pembaikan yang tinggi .

    3.    Lawatan tapak serta penyediaan spesifikasi pembaikan dalam masa 24 jam dan kerja pembaikan bergantung kepada proses sebutharga/tender dan sekiranya melibatkan permohonan peruntukan kepada kerajaan negeri ianya bergantung kepada tempoh kelulusan peruntukan.

    5 MAJLIS

    PERBANDARAN

    AMPANG JAYA

    i.       Pembaikan oleh pasukan `Road Gang’ bagi kerosakan-kerosakan kecil dalam tempoh 7 hari.

    ii.      Kerosakan-kerosakan besar dan memerlukan perlantikan kontraktor ianya melibatkan pelaksanaan kerja-kerja inden dantempoh pelaksanaan maksimum 45 hari sehingga selesai.

    iii.     Pembaikan-pembaikan melibatkan penurapan semula jalan   bergantung kepada peruntukan disediakan dan pelaksanaan adalah berdasarkan tempoh pelaksanaan

     

        sesuatu projek (sebutharga/tender ).
    6 MAJLIS

    PERBANDARAN KAJANG

     a. Jangkamasa yang diambil untuk membaiki kerosakan jalan dari tarikh penerimaan adalah seperti berikut:

    Bi   Jenis Kerosakan   Tindakan      pembaikan
    l   jalan
    1. Kecil dan      tidak merbahaya SEGERA oleh Unit ‘Road Gang’ MPKj dalam tempoh

    maksima 7 HARI

    2. Merbahaya sama ada

    kecil atau besar

    SERTA–MERTA oleh Unit ‘Road Gang’ MPKj atau lantikan kontraktor.
    7 MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 1.  Aduan akan diambil tindakan dengan serta merta diMDSB. Untuk kerosakan kecil atau memerlukan kos yang besar,langkah awal yang akan di ambil adalah dengan melaksanakan kerja-kerja penampalan jalan (patching). Setelah peruntukan diperolehi, kerja-kerja turapan semula keseluruhan jalan yang rosak akan dilaksanakan.

    2.  Bagi kerja-kerja / projek pembangunan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang diturunkan, kerana pihak MDSB tidak meletakkan “budget” untuk projek pembangunan kerana kekangan kewangan jabatan.

    8 MAJLIS

    PERBANDARAN SELAYANG

    Pihak majlis mengambil masa seminggu daripada tarikh aduan diterima bagi membaiki kerosakan kecil. Bagi kerosakan besar, tempoh 2 bulan diambil bagi membaiki kerosakan tertakluk kepada peruntukan.

     

    9 MDKS Selepas menerima aduan berkaitan kerosakan jalan ,pihak Jabatan Kejuruteraan akan membuat siasat & semakan dalam tempoh 7 hari ( merujuk kepada sistem aduan STAR ) bagi mendapat pengesahan & maklumat lanjut berkaitan aduan jalan tersebut dari segi:

    i. Lokasi ,jenis kerosakan , punca kerosakan serta perkara yang berkaitan. ii. Status jalan atau had bidang kuasa jalan yang diadukan.

    iii. Syor pembaikan ( kos pembaikan, pembaikan jangka pendek @ jangka panjang )

    Pihak jabatan akan mengemukakan maklumabalas dalam tempoh 14 hari berkaitan aduan.

      Jenis pembaikan Anggaran Tempoh Pembaikan  
    i. Pot hole 7 hingga 14 hari
    ii.Turapan     semula

    (pacthing        & resurface )

    –               Kos pembaikan dibawah RM

    20,000.00

    –               Kos pembaikan dibawah RM 200,000.00

    –               Kos pembaikan dibawah RM

    200,000.00 selepas surat tawaran

    –               Kos pembaikan dibawah RM

    500,000.00 selepas

    1 bulan (tempoh kerja 1-2 minggu selepas inden kerja dikeluarkan)

    2-3 bulan (  tempoh kerja 2-3 minggu  dikeluarkan )

    2-3 bulan ( tempoh kerja 2-3 minggu   dikeluarkan )

    2-3 bulan ( tempoh kerja 2-4 minggu dikeluarkan

     

          surat tawaran )  
    Secara umumnya tindakan pembaikan dan penyelesaian aduan berkaitan aduan jalan rosaka dalah bergantung kepada tahap kerosakan sesuatu jalan dan juga peruntukan sediaada oleh pihak majlis serta berdasarkan perancangan tahunan penyelenggaraan jalan

    .walaubagaimanapun sekira terdapat aduan jalan yang kritikal dan serius yang membabitkan keselamatan pengguna jalan tindakan secara adhoc akan dilaksanakan ( jangka pendek atau jangka panjang ).

    10 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR Bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, pihak jabatan akan membuat lawatan/sisasatan di lokasi aduan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima. Pihak Majlis akan mengambil tindakan pembaikan berdasarkan kemampuan peruntukan (MARRIS) yang ada melalui lantikan terus atau sebutharga. sekiranya melalui proses sebut harga, ia akan mengambil masa untuk proses sebutharga, pengiklanan dan lantikan. Semua tindakan pembaikan adalah bergantung kepada kemampuan peruntukan yang ada serta keutamaan aduan yang perlu kerja-kerja pembaikan yang segera/kritikal.
    11 MAJLIS

    PERBANDARAN KLANG

    Untuk jalan berlubang ‘potholes’ masa yang diambil untuk menampal adalah sehari.

    Untuk jalan yang mendap, masa yang diambil adalah seminggu kerana jalan yang mendap perlu dikorek, dipadatkan dengan ‘crusher run’ dan dibiarkan sehari sebelum diturap semula.

     

        Bagi kerosakan major, perlu mendapat kelulusan dari Tuan YDP untuk panggil kerja secara kontrak bawak RM20,000.00 dan tempoh masa dalam 2 minggu untuk siap.
    12 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA Jangkamasa yang diambil oleh Majlis untuk membaiki sesebuah jalan rosak bergantung kepada jenis kerosakan. Bagi aduan kerosakan kecil seperti ‘pothole’ tindakan pembaikan diambil dalam tempoh 1-2 minggu. Manakala bagi kerosakan berskala besar tempoh kerja-kerja pembaikan boleh dimulakan dalam tempoh 6 minggu.

Lampiran

Tiada Lampiran.