Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

344) MEMBAIKI LONGKANG PECAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah piawaian atau KPI MBPJ untuk membaiki aduan longkang pecah kecil (kos pembaikian adalah kurang daripada RM20,000)?

    KPI MBPJ bagi pembaikan longkang kecil adalah dalam tempoh 4 minggu selepas perlantikan kontraktor inden.

  2. Mengikut piawaian tersebut, apakah prestasi pencapaian MBPJ untuk semua aduan longkang pecah pada tahun 2023?

    Jumlah aduan longkang Majlis bagi tahun 2023 adalah sebanyak 747 aduan dengan peruntukkan MBPJ sebanyak RM 2,690,961.65 dan peruntukkan MARRIS sebanyak RM 5,040,315.35.

Lampiran

Tiada Lampiran.