Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
250) MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN AKTIVITI RIADAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina tapak kemudahan riadah terutama bagi aktiviti lasak di kawasan pinggir bandar?
Kerajaan Negeri menyambut baik dan mengambil maklum mengenai cadangan untuk membina kemudahan riadah bagi aktiviti lasak di kawasan pinggir Bandar melalui PeBT dan PBT. Namun begitu, masih belum ada permintaan khusus untuk pembinaan kemudahan tersebut. Kerajaan Negeri akan membina kemudahan riadah tersebut pada masa akan datang mengikut keperluan sesebuah tempat.
-
Bagaimanakah proses pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal yang dibina oleh kerajaan?
Proses pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan yang dibina oleh kerajaan adalah melalui pemantauan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sehubungan dengan itu, sebanyak RM20,000.00 telah diperuntukkan kepada setiap DUN melalui PBT masing-masing dalam usaha untuk membaikpulih kemudahan dan infrastruktur sukan dan riadah yang rosak dan terbiar seperti padang bola, gelanggang-gelanggang futsal, takraw dan badminton.