Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

400) MEMBAIK PULIH INFRASTRUKTUR SUKAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek baikpulih infrastruktur sukan yang telah dilakukan daripada tahun 2020 sehingga kini di bawah DUN Sungai Kandis.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM8,200,172.77 bagi pembiayaan projek baikpulih infrastruktur sukan pada tahun 2020 sehingga 2024. Meskipun data mengikut DUN adalah tidak tersedia, agihan peruntukan bagi tempoh lima (5) tahun adalah seperti berikut:

     

    TAHUN PERUNTUKAN (RM)
    2020 1,799,735.88
    2021 1,134,182.80
    2022 1,576,729.20
    2023 1,936,154.00
    2024 1,000,000.00
    JUMLAH 7,446,801.88
  2. Apakah terdapat peruntukan ADN yang dapat digunakan bagi tujuan ini?

    Peruntukan Program Kemasyarakatan Ahli Dewan Negeri (ADN) yang ditetapkan 30 peratus bagi pelaksanaan projek kecil boleh digunakan untuk tujuan membaikpulih infrastruktur sukan tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan perolehan yang berkuatkuasa. Pemakaian peruntukan Pekeliling yang berkaitan boleh dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) masing-masing.

  3. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk pembangunan sukan di Selangor mengikut DUN?

    Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM25,251,000.00 untuk pembangunan belia dan sukan pada tahun 2024 kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak disediakan mengikut DUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.