Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

32) MEMBAIK PULIH CERUN-CERUN DI BUKIT PERMAI KAWASAN DUN TERATA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah pihak kerajaan membatalkan bajet untuk tujuan membaik-pulih cerun-cerun di Bukit Permai kawasan DUN Teratai?

    Pada dasarnya, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menampung 50% kos keseluruhan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun MPAJ sedang merayu supaya peruntukkan 4 juta daripada kerajaan negeri kerana kekangan kewangan Majlis.

  2. Bilakah projek-projek membaik pulih berkenaan akan dijalankan?

    Projek membaik-pulih hanya dapat dilaksanakan setelah peruntukan berjumlah RM 4 Juta diperoleh.

  3. Pihak manakah yang bertanggungjawab sekiranya berlaku batu atau tanah runtuh pada bila-bila masa?

    Penentuan pihak yang bertanggungjawab adalah berdasarkan kepada pemilikan tanah dan punca berlakunya runtuhan batu atau tanah runtuh. Ianya juga bergantung kepada status kawasan/tapak di mana berlakunya tanah runtuh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.