Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
281) MEMASTIKAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM YANG LEBIH MAMPAN MELALUI BELANJAWAN NEGERI 2024
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan pendidikan agama Islam yang lebih mampan?
Strategi kerajaan negeri bagi memastikan Pendidikan Islam yang lebih mampan adalah:
I. Melalui pembangunan sistem pendidikan sebagaimana yang telah dirancang dalam Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam Selangor. Ianya dari segi Pelaksanaan kelas secara formal, In Formal dan Non-Formal. Dalam pada itu, Kurikulum yang dilaksanakan akan sentiasa disemak dalam tempoh lima tahun bagi memastikan kehendak kurikulum mengikut peredaran arus semasa.II. Memantapkan sumber manusia dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa yang melantik seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Meneruskan pemantapan pengetahuan dan kemahiran dengan sentiasa memberi latihan kepada guru dalam masa jangka pendek atau jangka panjang. Bagi latihan jangka pendek adlah dengan melaksanakan modul-modul yang telah dibangunkan akan dilaksanakan di Institut Pemerdayaan Ummah Selangor (INSPES) atau Pusat Kegiatan Guru JAIS (PKG). Bagi latihan jangka Panjang pula melaksanakan kerjasama dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA), dan lain-lain institut yang setaraf. Selain daripada itu kerajaan juga akan sentiasa memastikan syarat-syarat guru baru memiliki ikhtisas, serta mempunyai opsyen matapelajaran atau bidang yang berkaitan. Dalam pada itu juga, kursus serta latihan bersama Institut Aminudin Baki (IAB) akan senantiasa diadakan bagi memberi fokus kepada kemahiran pengurusan dan pentadbiran sekolah bagi melahirkan guru serta pentadbir yang berdaya saing dan mampan.
-
Penghasilan masyarakat yang tinggi kefahaman agamanya dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah.
Sub-soalan telah di tolak
-
Penghasilan guru yang terus komited berkhidmat dari segi tangga gaji,elaun.
Sub-soalan telah di tolak