Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
174) MEMARTABATKAN SUKAN BOLA SEPAK DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri untuk mencapai tujuan tersebut?
Selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor agar Kerajaan Negeri Selangor dapat mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak di Negeri Selangor, Pengurusan Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyahut saranan daripada DYMM Sultan Selangor untuk mempertingkatkan kecemerlangan Program Pembangunan Sukan Bola Sepak di negeri
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah bersetuju mengadakan kolaberasi dan memilih model latihan dari Akadmei Kelab Bola Sepak Ajax Amsterdam, Belanda. Ini berdasarkan tawaran yang dikemukakan bersesuaian dan menepati keperluan serta kehendak MSNS.
Perbincangan dan rundingan susulan melalui sesi lawatan bersama telah dijalankan dengan wakil dari Akademi Bola Sepak Ajax Amsterdam, Belanda serta jurulatih yang akan mengendalikan Akademi Bolasepak Selangor.
Akademi Kelab Bola Sepak Ajax Amsterdam telah bersetuju untuk melantik individu yang akan terlibat secara langsung dalam Akademi Bolasepak Selangor ini terdiri daripada dua (2) orang Jurulatihnya.
-
Apakah perancangan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan padang bola yang berkualiti?
Setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan untuk membaiki kemudahan sukan termasuklah padang – padang bola sepak di Selangor. Antara kemudahan yang akan dibaikpulih pada tahun 2017 ini adalah stadium mini. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor akan sentiasa memastikan kemudahan padang bolasepak adalah yang berkualiti dan mengikut piawaian.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor akan sentiasa memastikan kemudahan padang bolasepak yang berkualiti dan mengikut piawaian. Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses membaikpulih padang di Kompleks Sukan U15 di Puncak Alam.