Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
65) MEMARTABATKAN ISLAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peningkatan atau langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam Kemajuan Islam di Selangor?
Menyemarakkan program dakwah di pelbagai peringkat kumpulan sasar yang
terdiri dari :-
- Pelajar-pelajar Pra-Sekolah o Pelajar-pelajar Sekolah Rendah o Pelajar-pelajar Sekolah Menengah o Mahasiswa/mahasiswi IPTA/IPTS o Warga Belia
- Pelajar-pelajar di Sektor Industri o Penjawat Awam dan kakitangan Badan Berkanun Negeri Selangor
- Warga Emas
- Program Dakwah yang dirancang memberi fokus khusus kepada program Tarbiyah,Pengupayaan Generasi Muda, Pembudayaan Ilmu dan meningkatkan jaringan dakwah seluas mungkin kepada kumpulan sasar.
- Memperkasa fungsi Pertubuhan Badan Islam Bukan Kerajaan ( NGO’s) dalam mengerakkan aktiviti dakwah di Negeri Selangor
- Mempelbagaikan pendekatan dakwah agar tidak bersifat statik dan lebih digemari seperti pendekatan santai, dakwah Bil Hal serta penglibatan selebriti yang telah berhijrah agar program dakwah lebih interaktif.
- Pelbagai program telah dilaksanakan kepada semua lapisan masyarakat dalam usaha meningkatkan kemajuan Islam di Selangor. Setiap program yang dilaksanakan adalah mengikut kumpulan sasar yang ditetapkan iaitu penceramah/pemegang tauliah mengajar /berceramah di Selangor, orang awam,penjawat/kakitangan Kerajaan, golongan remaja dan kanak-kanak, orangorang yang upaya dan sebagainya. vi) Memberi pengiktirafan kepada para huffaz di Negeri Selangor dengan memberi elaun melalui Program Isbat Hafazan
- Memperluaskan ilmu kepada masyarakat umum melalui Program Tazkirah Duha di Pasar Tani, Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE) dan Forum Perdana.
- Meningkatkan kemahiran Al-Quran di kalangan generasi muda dengan Program
Tilawah Al-Quran dan Tahfiz Negeri Selangor ix) Menyebarkan ilmu kepada masyarakat melalui penerbitan seperti buku, risalah, majalah, pamplet,poster dan penulisan di Laman Web JAIS b)
- Perbelanjaan mengurus Tahunan JAIS 2012 Bahagian Dakwah berjumlah RM 1,414,700.00
- Peruntukan Lembaga Zakat Selangor berjumlah RM 4,328,700.00
-
Berapa banyakkah telah dibelanjakan untuk program-program seperti ini