Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

132) MEMANTAPKAN UNISEL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Universiti Industri Selangor (Unisel) muncul juara kategori Open Class CanSat Team dalam Pertandingan CanSat Antara Varsiti Dunia (CanSat) di Madrid, Sepanyol baru-baru ini. Keupayaan Unisel bersaing di peringkat dunia dalam bidang pendidikan pastinya memberi kebanggaan kepada negeri dan negara. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu memastikan setiap produk kajian dan penyelidikan yang sudah terbukti berjaya dihasilkan oleh Unisel dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan dengan sebaiknya?

    Sebelum menjawab apa langkah-Iangkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkanproduk kajian dan penyelidikan UNiSEL, adalah wajar difahami terlebih dahulu proses pengkomersilan. Produk yang boleh dikomersialkan ialah hasil kajian/penyelidikan yang berbentuk nyata seperti Cansat, konkrit berongga (aerated concrete), perisian, rekaan-fesyen pakaian dll.

    A. PROSES PENGKOMERSILAN TERBAHAGI KEPADA 4 TAHAP.

    Tahap I: Pembentukan idea secara perseorangan/kumpulan atau organisasi. Tahap ini lazimnya bersangkut paut dengan merealisasikan konsep yang tersimpan di dalam minda kepada realiti dengan disokong oleh sesuatu teori. Bagi merealisasikan idea ini, ianya melibatkan aktiviti kajian dan penyelidikan di peringkat asas yang selalunya disebut R-Research. Apa yang terhasil akan mengesahkan atau menyangkal sesuatu idea.

    Tahap II: Skala/model makmal – proses selanjutnya ialah melaksanakan transformasi idea (yang telah terbukti ada kepentingannya)kepada model bersaiz makmal. Beberapa input tambahan diambil kira bagi melihat kewajaran dan kebaikan/aplikasi produk. Tahap ini dipanggil peringkat pembangunan (D-Development) yang mana beberapa siri ujian perlu dilaksanakan untuk mendapat kepastian dan kejituan produk.

    Catatan: Pada Tahap I dan II inilah terhasilnya penemuan baru (Discovery) sama ada secara asli atau tambah nilai mahu pun ‘reverse engineering’.

    Tahap III: Pengkomersilan (C) – di peringkat ini, produk model makmal
    dikembangkan (scale-up) kepada prototaip makmal. Di peringkat ini juga
    berlakunya ‘incubation’. Pengkomersilan boleh dilaksanakan melalui 4
    kaedah.

    a) Perundingan – industri mempunyai permasalahan dan menawarkan universiti menyelesaikan dan menghasilkan model bersaiz makmal dan mungkin dilanjutkan kepada penghasilan prototaip. Harta intelek adalah kepunyaan industri.

    b) Pemindahan teknologi – industri mempunyai produk bersaiz model
    dan menawarkanuniversiti untuk menghasilkanprototaip berskala makmal atau industri. Harta intelek adalah secara perkongsian bersama.

    c) Joint Venture(JV) – rakan kongsi di antara universiti dengan industri secara ‘win-win’. Kebiasaannya harta intelek IP secara majoriti kepunyaan universiti, manakala industri bertanggungjawab mengenai pembuatan, pemasaran dan agihan produk.

    d) ‘Start-up’ – universiti menubuhkan syarikat yang akan bertanggungjawab sepenuhnya daripada tahap 1 hingga 4.

    Tahap IV: Pemasaran Produk – produk prototaip dikeluarkan secara
    berskala industri dengan kuantiti yang banyak dan selanjutnya
    dipasarkan. Peringkat ini disebut ‘E-entreprising’.

    Catatan: Tahap III dan IV adalah proses lanjutan pembangunan dan innovasi dan melibatkan ‘licensing’ yang berkaitan harta intelek, pembuatan/pengeluaran, pembungkusan dan edaran.

    Mod Pengkomersilan – terdapat beberapa mod pengkomersilan yang
    boleh menjana pendapatan seperti berikut;

    a) Penjualan harta intelek secara royalti
    b) Penjualan royalti sepenuhnya
    c) Sewaan harta intelek
    d) Pemilikan terhad secara eksklusif
    e) Pakej kewangan

    Harta intelek boleh dalam bentuk paten, hak reka cipta terpelihara, hak
    cap dagangan (trademark) dan penjenamaan (branding). Mendaftarkan
    dan mendapatkan status harta intelek terutama paten adalah rumit dan
    menjadi ‘stumbling block’ dengan akta-akta yang tidak berpihak kepada penyelidik. Setakat Ogos 2007, Malaysia mempunyai kekurangan
    peguam pakar dalam hal-hal paten.

    B. SENARIO HASIL PENYELlDIKAN DI UNISEL

    Semenjak UNISEL ditubuhkan pada tahun 1999 sehingga 2006 terdapat 1 projek bernilai RM 1 juta yang dibiayai oleh MOSTI yang dikendalikan oleh BIO-IT Selangor dan sudah pun tamat. Di samping itu, pada tahun 2006 terdapat 1 projek dengan kerjasama industri secara kaedah JV dan telah menghasilkan produk iaitu Kit Detection of VRE. Pemilikan harta intelek masih lagi dalam peringkat perbincangan. Projek telah dilaksanakan dengan menggunakan tenaga minda staf akademik UNISEL manakala kewangan disediakan oleh industri.

    Pada Disember 2006 hingga kini terdapat 5 projek bidang bioteknologi bernilai RM 1.7134 juta dan 1 projek bidang kejuruteraan bernilai RM 227,000. Manakala BIO-IT Selangor menerima geran RM 2.9 juta. Kesemua projek ini sedang dilaksanakan dan belum menghasilkan produk.

    Cansat dan kayak daripada konkrit berongga adalah hasil daripada projek
    bidang kejuruteraanyang masih lagi berskala makmal. Kedua-dua projek
    adalah penyelidikan secara persendirian pensyarah.

    Kesimpulan status produk penvelidikan UNISEL: Berpandukan
    kepada tahap proses pengkomersilan di atas, maka produk kajian/penyelidikan UNISEL yang boleh dikomersialkan adalah masih dalam tahap berskala model makmal untuk kegunaan umum. Namun begitu, produk seperti Cansat ini boleh dikomersialkan TETAPI bukan seperti satelit yang kita fahami contoh TIONGSAT. Cansat berkawalan jauh ini boleh dikomersialkan dengan fungsi sebagai ‘security surveilance’, pengumpulan/monitoring data cuaca dan permainan berelektronik tanpa perlu sampai ke tahap ‘high-end’. Ketika ini, proses memfailkan paten sedang diusahakan sebelum memasuki proses pengkomersialan. Memohon paten adalah penting demi menjaga harta intelek. Syarat pentauliahan paten hendaklah produk tersebut belum menjadi ‘public domain’.


    C. LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN NEGERI 
    BAGI MEMANFAATKAN/MEKOMERSILKAN PRODUK KAJIAN DAN PENYELlDIKAN DI UNISEL

    Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Institut Perkembangan Minda (Inmind) pada tahun 1990an. Di antara lain peranannya ialah menjalankan kajian, penyelidikan dan perancangan terutama membantu merencanakan polisi dalam usaha kerajaan negeri menyampaikan dasar-dasar PST dalam membangunkan tahap ekonomi rakyat. Jadi, bagi mengambil langkah untuk memanfaatkan atau mengkomersilkan produk kajian/penyelidikan UNiSEL, adalah dicadangkan2 pendekatan.

    Pendekatan 1: Mewujudkan unit komersilan dan innovasi di dalam sistem
    UNiSEL sendiri sebagai satu skop tugas tambahan bagi UPPU UNiSEL
    (Unit Penyelidikan dan Perundingan). Pengurusan adalah terhad kepada
    produk-produk hasil daripada kajian/penyelidikan pensyarah dan pelajar
    UNiSEL sahaja. Ketika ini, produk hasil kerja pelajar tidak dikomersilkan.

    Pendekatan 2: Skop tugas Inmind diperlebarkan lagi dengan mengadakan unit komersilan dan innovasi. Pendekatan ini adalah lebih meluas dan terbuka kepada semua agensi/pejabat/organisasi hak milik kerajaan negeri yang menghasilkan produk untuk dikomersilkan.

  2. Berapakah jumlah pelajar dalam dan luar negara yang sedang menuntut di Universiti tersebut dan apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi menarik pelajar dalam dan luar negara menyertainya

    Anggaran jumlah pelajar dalam dan luar negara yang sedang menuntut di
    UNISEL adalah seramai 15,119. Jumlah yang tepat boleh diperoleh daripada
    Pejabat Pendaftar.

    LANGKAH-LANGKAH BAGI MENARIK PELAJAR DALAM DAN LUAR NEGARA MENYERTAI UNISEL

    1.0 PELAJAR DALAM NEGARA (DOMESTIK)

    1.1 Penjenamaan UNISEL
    Penjenamaan UNISEL sebagai truly university campus yang menawarkan program-program berkualiti yang mampu mengeluarkan graduan yang menepati keperluan industri di Selangor khususnya dan Malaysia amnya ;

    1.2 Smart partnership dengan industri
    Smart partnership
    dengan industri yang memberi manfaat kepada pelajar untuk menimba pengalaman menerusi latihan industri dan membuka peluang pekerjaan;

    1.3 Strategi pemasaran
    Strategi pemasaran yang mensasarkan golongan pelajar dan juga golongan yang mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan pemilihan universiti (ibu bapa, kaunselor, persatuan dan sebagainya) menerusi pameran pendidikan, taklimat, edaran brosur, Hari Terbuka, telemarketing.

    1.4 Menjalin kerjasama
    Menjalinkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi yang lain sebagai feeder college untuk memberi peluang kepada pelajar menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ;

    1.5 Laman web yang berinformasi dan terkini ;

    1.6 Kaedah permohonan kemasukan yang mudah dan pelbagai ;

    1.7 Proses kemasukan yang efisien dan efektif ;

    1.8 Perkhidmatan yang mesra pelanggan

     

    2.0 PELAJAR LUAR NEGARA (ANTARABANGSA)

    2.1. Mengetengahkan profil dan reputasi UNISEL sebagai universiti milik penuh kerajaan negeri maju di Malaysia;

    2.2. Menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti luar negara dan
    sekolah-sekolah tinggi ;

    2.3. Membina hubungan dengan kedutaan dan konsultan negara-negara
    luar;

    2.4. Mewujudkan laman web yang berinformasi dan mudah diakses ;

    2.5. Melantik agen pengambilan pelajar bagi setiap negara yang disasarkan ;

    2.6. Mengadakan roadshow dan menyertai pameran pendidikan di luar
    negara;

    2.7. Mendapatkanpengiktirafandaripada negara luar bagi program-program
    yang ditawarkan ;

    2.8. Mewujudkan Pusat Pelajar Antarabangsa di setiap kampus yang menyediakan perkhidmatan sehenti untuk kemudahan pelajar antarabangsa.

  3. Dimaklumkan baru-baru ini, kerajaan negeri akan mengadakan program bersama khususnya dalam bidang kedoktoran dengan universiti lain. Nyatakan cadangan institusi pengajian berkenaan dan manfaat yang Unisel akan perolehi

    Pihak UNISEL telah mengenal pasti universiti-universiti yang menawarkan bidang kedoktoran untuk menjalin kerjasama. Universiti- Universiti tersebut ialah Universiti Andalas, Universiti Gajah mada, Universiti Sumatera Utara, di Indonesia dan beberapa buah universiti di India. Kedua-dua negara ini dipilih kerana kos pengajiannya yang lebih murah, mempunyai budaya yang sama serta mempunyai kes-kes penyakit yang hampir sama dengan kes penyakit di negara ini.

    Universiti-universiti yang telah disebut tadi telah lama beroperasi dan diiktiraf reputasinya oleh JPA. UNISEL sebagai universiti baru boleh mendapat faedah dari pengalaman mengendalikan program kedoktoran tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.