Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

71) MEMANDANGKAN SETAKAT INI ISU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM MASIH BELUM DIKAWAL SEPENUHNYA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Langkah Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam menyelesaikan isu pembuangan sampah haram dengan mengambil langkah antaranya seperti berikut:

    • Membantu PBT yang tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam menguruskan kutipan sisa pepejal, khususnya di kawasan kampung tradisi dengan meluluskan penyaluran peruntukan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,598,800.00 dengan melibatkan sebanyak lima (5) buah PBT iaitu MPKj, MDKS, MDKL, MDSB dan MDHS sejak tahun 2016 hingga kini;
    • Melaksanakan pelan tindakan pengurusan sisa pepejal mulai di kawasan MPK sebagai projek perintis dengan melantik Project Management Company (PMC) iaitu dari syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) pada bulan Julai 2016 di mana kawasan operasi kutipan sampah dilebarkan hingga ke kawasan kampung. Kini, PMC telah berkembang di dua (2) buah PBT iaitu dilantik oleh MPAJ dan MPS bermula pada bulan Mac 2017;
    • Pada bulan Mei sehingga bulan Disember 2016, Kerajaan Negeri telah meluluskan Program Perkhidmatan Kutipan Sampah Pukal di Kawasan Perumahan Kos Rendah / Bertingkat terutamanya dikenali sebagai hotspot denggi oleh PBT dan Jabatan Kesihatan Daerah Negeri Selangor dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM1,186,780.00 bagi tujuan membantu pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk untuk membersihkan sampah pukal yang berlonggok di dalam kawasan kediaman tersebut dan sekitar kawasan bangunan;
    • Selain itu, PBT turut mengambil inisiatif dalam menyelesaikan isu sampah haram di kawasan PBT masing-masing antaranya seperti berikut:
    • PBT mewujudkan ahli jawatankuasa banteras sampah haram yang dianggotai oleh Pejabat Tanah & Daerah (PTD), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pemilik-pemilik tanah yang berkaitan;
    • Menjalankan tinjauan dan pemantauan di ‘hot spot’ tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenalpasti oleh agensi berkaitan seperti;
    • Melaksanakan kerja-kerja penutupan tapak sampah haram berskala besar secara berperingkat oleh Kontraktor yang telah dilantik;
    • Kawasan-kawasan Sampah Haram yang sering menjadi tempat pembuangan sampah secara haram akan dibersihkan dan di pasang dengan papantanda ‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH’;
    • Menutup laluan masuk ke tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenalpasti/ dibersihkan; dan
    • Pentadbir Tanah Daerah (Pegawai Daerah) boleh mengambil tindakan terhadap operator sama ada individu atau syarikat yang menguruskan tempat pembuangan sampah haram di bawah peruntukan perlanggaran syarat tanah Kanun Tanah Negara 1960. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan pula boleh mengambil tindakan dibawah bidang kuasa sedia ada termasuk menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan kesalahan dalam pembuangan sampah contohnya UUK Pemungutan, Pembuangan, Dan Pelupusan Sampah Sarap & UUK Jalan, Parit dan Bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.