Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

109) MEMANDANGKAN KEHADIRAN WAKIL RAKYAT KAWASAN DI MESYUARAT PENUH DI PBT SEBAGAI PEMERHATI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor memberi kuasa kepada wakil rakyat memberi pandangan dalam mesyuarat tersebut?

    Wakil Rakyat boleh memberikan pandangan dalam sesuatu mesyuarat penuh PBT tertakluk kepada budi bicara dan keputusan pengerusi mesyuarat pada ketika mesyuarat dijalankan.

  2. Apakah cara-cara Kerajaan Negeri Selangor menambah baik mutu perkhidmatan PBT di seluruh Negeri Selangor ?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan PBT. Antara usaha-usaha penambahbaikan mutu dan perkhidmatan PBT adalah dengan penyelarasan dan penyeragaman SOP, Garis Panduan serta Undang-Undang Kecil PBT. Selain itu juga, mesyuarat-mesyuarat penyelarasan dan pemantau diadakan seperti Mesyuarat Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan lain-lain Mesyuarat Jawatan Kuasa Tetap di samping Mesyuarat Penyelarasan Pentadbiran Tanah / Daerah Dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.