Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
251) MELINDUNGI HAK DAN PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI RAKYAT DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk melindungi maklumat peribadi pemohon-pemohon insentif dan program-program kerajaan di Selangor agar tidak di salah gunakan?
Langkah-langkah yang diambil untuk melindungi maklumat peribadi pemohon-pemohon adalah seperti berikut:
- memastikan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian berkaitan Program INSAN adalah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mengikuti garis panduan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2021;
- menaik taraf dan mengukuhkan laman sesawang Program INSAN agar tidak berlakunya kebocoran dan ketirisan data peribadi pemohon-pemohon; dan
- data-data daripada Program INSAN adalah kepunyaan Kerajaan Negeri.