Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
94) MELALUI LAWATAN KE TAPAK BERSAMA PEGAWAI PKNS BAGI TANAH PKNS KURANG DARI 1 EKAR DI TEPI JALAN UTAMA KAMPUNG SRI INDAH B. TELAH DI SAHKAN BAHAWA TANAH TERSEBUT BUKAN MILIK PKNS, TETAPI REKOD PEJABAT TANAH DAERAH GOMBAK MEREKODKAN SEBAGAI TANAH MILIK PKNS
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah PKNS mengeluarkan surat rasmi kepada Pejabat Tanah Dearah Gombak menyatakan tanah tersebut bukan milik PKNS?
Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) tidak pernah menerima sebarang surat rasmi daripada PKNS bagi menyatakan bahawa tapak di tepi jalan utama Kampung Sri Indah B berkenaan bukan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
-
Mengapakah rekod di Pejabat Tanah Daerah Gombak menyatakan tanah tersebut milik PKNS walaupun ianya dinafikan oleh PKNS?
Berdasarkan rekod, tapak berkeluasan lebih kurang 1.75 ekar di sebahagian Lot 19695 Kampung Sri Indah berkenaan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang bersidang pada 10 September 2008 kepada PKNS bagi tujuan bangunan perniagaan.
Namun PKNS didapati gagal untuk mematuhi syarat kelulusan di mana pelan susunatur dan pelan pra-hitungan tidak dikemukakan kepada PDTG dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kelulusan. Sehubungan itu, pada Julai 2012 PDTG telah mengemukakan surat pemakluman kepada PKNS yang menyatakan bahawa kelulusan pemberimilikan tersebut terbatal.