Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

285) MELAHIRKAN MASYARAKAT BERDIKARI DAN BEKERJA SENDIRI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melahirkan masyarakat Selangor yang berdikari dan bekerja sendiri.

    Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2014 menunjukkan hanya 1.1% sahaja penduduk Malaysia menceburi aktiviti isi rumah sebagai majikan. Laporan ini turut menunjukkkan trend pekerjaan di Negeri Selangor pada tahun 2010 menunjukkan sektor guna tenaga yang tertinggi ialah di sektor perkhidmatan dengan anggaran 50% penduduk dan sebanyak 20% dalam sektor pembinaan. Data ini menunjukkan penglibatan rakyat Malaysia dan Negeri Selangor khususnya sebagai ‘bekerja sendiri’ adalah masih

    Kerajaan berpendapat bahawa golongan berdikari dan bekerja sendiri merupakan golongan yang penting dalam ekonomi Negeri Selangor kerana berpotensi untuk mencipta pekerjaan kepada individu lain tanpa mendambakan pekerjaan daripada Kerajaan semata-mata. Kerajaan sentiasa memberi galakan supaya rakyat Selangor untuk sentiasa kreatif meneroka bidang- bidang berpotensi tinggi dan mampu menjana pendapatan yang tinggi kepada rakyat.

  2. Jika ya, apakah langkah-langkan yang telah dan akan diambil?

    Bagi memastikan bidang ‘bekerja sendiri’ diberi perhatian Kerajaan sentiasa memberi galakan terhadap bidang keusahawanan dengan memperkasa Pelbagai Program bantuan perniagaan bagi membantu usahawan baru dan melonjakkan usahawa sedia ada ke tahap yang lebih tinggi serta program peningkatan kemahiran seperti berikut :

     

    Kerajaan telah memperkasakan pelaksanaan Skim Mikrokredit Negeri Selangor (SkimSel) dan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) di bawah satu program bersepadu iaitu Program Hijrah. Kedua-dua program ini telah disepadukan untuk melonjakkan lagi golongan

     

    miskin ini berhijrah kepada golongan berpendapatan kelas menengah. Peruntukan ditambah daripada RM70 juta pada tahun 2014 kepada RM100 juta pada tahun 2015 diharap mampu merealisasikan hasrat Kerajaan. Sehingga 30 September 2015, sebanyak 11,484 orang mendapat manfaat melalui SkimSel dengan peruntukan berjumlah RM99,826,650.00. MiMBAR pula telah berjaya membantu 5,136 orang dengan peruntukan berjumlah RM10,915,528.00 manakala 11,114 orang telah mendapat manfaat melalui Program Hijrah dengan jumlah peruntukan yang  telah dibelanjakan sebanyak RM58,358,000.00.

     

    Kerajaan memperkasa insentif kepada usahawan muda daripada RM10,000 kepada RM30,000 bagi setiap permohonan di bawah dana Usahawan Mikro Selangor. Program ini pada asalnya dikenali sebagai Dana Industri Kampung telah ditransformasikan sebagai galakan kepada usahawan muda meningkatkan poduktiviti dan pasaran produk yang seterusnya dapat mentransformasikan taraf hidup dan pendapatan golongan ini ke tahap yang lebih

     

    Kerajaan Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Selangor Human Resources Development Center (SHRDC) dan UNISEL untuk melaksanakan progam pembangunan bakat YES (Youth Enhancement Strategy dan i-HIT (Internship High Impact Talent). Fokus program ini adalah kepada pelajar lepasan sekolah, lepasan graduan serta pekerja industri sendiri dengan menyediakan kemahiran dalam bidang dalam mengadaptasi bidang matematik, sains computer, statistik, komunikasi, perniagaan dan program pensijilan industri.

     

    Kerajaan turut menggerakkan usaha kepada rakyat luar bandar melalui Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor. Walaupun secara dasarnya pelaksanaan program ini adalah untuk membantu masyarakat luar bandar, namun secara tidak langsung program ini memberi rakyat pengetahuan dan kemahiran untuk berdiri sendiri menjana pendapatan tanpa mendambakan bantuan kewangan. Dalam jangka masa panjang, tidak mustahil untuk penerima bantuan ini bertukar menjadi usahawan berjaya dan mampu mencipta pekerjaan kepada orang

     

    Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dua (2) institusi pendidikan iaitu INPENS International College, Kuala Selangor dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) di Kuala Kubu Baru. Program ini mensasarkan golongan belia dan beliawanis desa, ibu tunggal dan suri

     

    rumah serta peniaga kecil-kecilan di desa melalui dua (2) program utama iaitu :

     

    Industri Komuniti Kampung

    • Program Pembangunan Usahawan Kemahiran, INPENS;
    • Program Pembangunan Usahawan Penjaja Makanan dan minuman, ITKAU; dan
    • Program Pembangunan Sebagai Juruterapi Komplimentari Berdaftar (KKM), Bidan Kampung Stimulatherapy & Terapi Kesihatan

     

    1. Kursus Kemahiran Jangka Pendek
      • Program Motosikal;
      • Program Dandanan Rambut;
      • Program Penyejukbekuan & Penyamanan Udara;
      • Program Jahitan;
      • Program Kecantikan; dan
      • Program Pembangunan Usahawan Penjaja Makanan dan

     

    Selain itu, Kerajaan turut menyediakan peluang untuk melanjutkan pengajian melalui penajaan pendidikan/ latihan Program Kemahiran Teknikal melalui INPENS International College. Program Kemahiran Teknikal ini merupakan salah satu program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui INPENS International College sejak tahun 2008. Ianya bertujuan bagi memberi peluang kepada golongan generasi muda yang tercicir di dalam pelajaran serta daripada keluarga yang berpendapatan seisi rumah sebulan sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian di dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

     

    Antara kursus-kursus kemahiran di INPENS International College yang diberikan penajaan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti Servis & Penyelenggaraan Motorsikal, Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik- Satu Fasa, Peralatan Penyamanan Udara HVAC – Satu Fasa (Pemasangan Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan), Pembuat Pakaian Wanita, Dandanan Rambut dan pelbagai lagi. Sehingga September 2015, Program Kemahiran Teknikal melalui INPENS International College ini telah memberi manfaat kepada seramai 2,807 orang dan jumlah ini adalah dijangka meningkat dari tahun ke tahun.

  3. Mohon nyatakan statistik bilangan penganggur lepasan diploma dan ijazah di Selangor tahun 2012, 2013 & 2014

    Tiada statistik bilangan penganggur secara khusus di Negeri Selangor. Kadar pengangguran Malaysia pada tahun 2012 ialah 3.0%, meningkat pada tahun 2013 pada kadar 3.1% dan menurun kepada 2.9% pada tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.