Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

128) MEKANISME PEMBAYARAN BINGKAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah permohonan Bingkas sudah dibuka tahun ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan bagi Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dibuka bermula 4 Julai 2024. Pelaksanaan BINGKAS telah ditambah baik dari aspek polisi khususnya bagi syarat kelayakan permohonan iaitu:

    1. Syarat pendapatan bulanan isi rumah iaitu daripada RM3,000.00 dan ke bawah dipinda kepada RM5,000.00 dan ke bawah; dan
    2. Syarat jumlah tanggungan minimum daripada seorang dipinda kepada dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

    Selain itu, bagi memastikan manfaat BINGKAS diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Negeri menetapkan polisi zero balance iaitu sebarang baki manfaat dalam e-wallet pengguna BINGKAS tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya.

  2. Apakah mekanisme pembayaran Bingkas?

    Mekanisme pembayaran manfaat BINGKAS dilakukan menggunakan platform digital iaitu menerusi e-wallet Selangkah.

Lampiran

Tiada Lampiran.