Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
141) MEKANISME ADUAN PBT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri ada merancang sebarang mekanisme untuk æmemastikan kerajaan tempatan mengambil tindakan pantas dalam menyelesaikan aduan-aduan rakyat?
- Pada masa ini, mekanisme sistem aduan yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah Sistem SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam), APLIKASI RAKYAT RESPONZ daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) dan APLIKASI i-TEGUR yang dibangunkan oleh KPKT.
Di samping itu, PBT sendiri telah membangunkan mobile application bagi aduan supaya memudahkan orang awam dan pemantauan dapat dilaksanakan di peringkat jabatan dalaman untuk menyelesaikan aduan. Sistem aduan secara mobile application ini dilengkapi dengan sistem pemetaan/GPS bagi mempercepatkan pergerakan ke lokasi aduan dan gambar berkaitan aduan juga boleh dimuatnaik.
Selain itu, aduan juga boleh dibuat melalui Talian Aduan Bebas Tol, e-mail, kaunter aduan PBT dan Hari Bertemu Pelanggan di PBT masing-masing.
Untuk makluman semua Yang Berhormat, PBT telah mewujudkan kategori keutamaan aduan bagi mengambil tindakan penyelesaian, iaitu:
- Keutamaan 1:1-3 Hari (Tindakan segera)
- Keutamaan 2 :1-14 Hari (bagi yang melibatkan penyelenggaraan dan penguatkuasaan)
- Keutamaan 3 :Melebihi 90 Hari (bagi yang melibatkan perancangan dan kewangan)