Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

62) MEDIA SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi media Selangor dari tahun 2018 sehingga sekarang? (sebagai contoh, bilangan "views" atau "follower" TVSelangor, bilangan pembaca surat khabar Selangorku dan lain-lain)

    Prestasi Media Selangor dari tahun 2018 sehingga Mei 2020 adalah seperti berikut;

  2. Apakah rancangan kerajaan kepada media selangor supaya mesej kerajaan dapat disebarkan dengan lebih berkesan?

    Pengurusan Media Selangor telah melakukan penstrukturan semula dan penambahan kakitangan berpengalaman dan berkebolehan bagi Jabatan Editorial pada awal 2020.

    Langkah ini diambil sebagai langkah pengukuhan jabatan editorial bagi memastikan perkara berikut;

    • Pengurusan jabatan yang lebih cekap, berkesan dan kompeten selaras senario terkini industri media
    • Membentuk pasukan editorial berwibawa dengan fokus kepada dua produk utama; akhbar dan portal SelangorKini
    • Meningkatkan bahan berita lebih segar, unik dan baru serta tidak bergantung berita yang kurang memberikan impak
    • Meningkatkan mutu pemberitaan melalui penyediaan dan pemantauan lebih teliti oleh pengarang dan penolong pengarang berpengalaman dalam bidang editorial

Lampiran

Tiada Lampiran.