Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

166) MEDIA PENERANGAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan media penerbitan, jumlah dan mekanisme edaran bahan cetakan yang menerangkan dasar dan berita negeri?

    Media penerbitan yang menerangkan dasar dan berita negeri ialah akhbar Selangorkini, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Indru. Jumlah penerbitan ketiga-tiga akhbar ini adalah seperti berikut:

    1. Selangorkini – 170,000 naskah (mingguan)
    2. Selangorkini Mandarin – 70,000 (2 minggu sekali)
    3. Selangorkini Indru – 68,000 unit (2 bulan sekali)

    Kebiasaannya, bahan-bahan penerbitan ini akan diagihkan ke setiap Pejabat DUN dan Pusat Aduan Rakyat dimana petugas di Pejabat DUN dan Pusat Aduan Rakyat akan mengedarkan akhbar ini di kawasan masing-masing. Edaran juga dibuat kepada pejabat PBT, pejabat daerah, dan pasaraya tertentu seperti Econsave, Giant serta Kompleks PKNS.

  2. Nyatakan media-media internet negeri dan jumlah capaiannya?

    Terdapat 2 media internet yang beroperasi untuk menyampaikan maklumat negeri secara konsisten iaitu http://www.selangorku.com/ dan http://www.selangor.gov.my/ . Jumlah capaian kedua-dua media internet ini untuk bulan Februari ialah:

    http://www.selangorku.com/ – 160,552 pengunjung sehari http://www.selangor.gov.my/ – 127, 180 pengunjung sehari

  3. Unit manakah yang mengendalikannya, jumlah kakitangan dan peruntukan bagi tahun 2008-2014?

    Untuk akhbar Selangorkini, Selangorkini Mandarin, Selangorkini Indru dan media internet http://www.selangorku.com/ , kesemua ini dikendalikan oleh syarikat Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB), sebuah anak syarikat bawah Menteri Besar Incorporated (MBI). Sementara http://www.selangor.gov.my/ pula dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri

    Jumlah kakitangan CCSB keseluruhannya berjumlah 58 orang. Dan peruntukan yang telah disalurkan kepada CCSB untuk menggerakkan akhbar-akhbar dan media internet tersebut daripada tahun 2008-2014 adalah sebanyak RM31.4 juta.

     

    Jumlah kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Selangor pula adalah seramai 45 orang. Dalam rekod, peruntukan yang telah disalurkan di bahagian ini daripada tahun 2008-2014 adalah sebanyak RM52.5 juta.

    Untuk makluman ahli-ahli dewan, tugas mengendalikan website http://www.selangor.gov.my/ adalah sebahagian kecil daripada beban tugas bahagian ini dan ianya dikendalikan oleh 3 orang kakitangan di bawah Unit Web.

    Hakikatnya, Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab penuh terhadap semua bidang yang bersangkut-paut dengan hal-ehwal teknologi maklumat (ICT).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.