Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
113) MEDAN SELERA DAN GERAI MILIK PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan lebih banyak medan selera dan gerai bawah PBT untuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada peniaga kecil?
Bagi mewujudkan lebih banyak medan selera dan gerai, PBT mensyaratkan pemaju untuk membina kemudahan awam termasuk dewan, tadika, gerai dan menyerahkan bangunan tersebut kepada pihak PBT yang kemudiannya boleh disewakan kepada penyewa dan peniaga tempatan. Perkara ini biasanyadisyaratkan di dalam Kebenaran Merancang.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan khas untuk menaiktaraf gerai dan medan selera milik PBT yang usang?
Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan mengumpul maklum balas daripada PBT berhubung senarai semua medan selera yang diselenggara oleh PBT bagi tujuan penyelarasan dan naik taraf kemudahan- kemudahan sedia ada di PBT. Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan akan menyediakan laporan tersebut berserta pecahan peruntukan bagi cadangan pembangunan tahun 2015.