Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
180) MEDAN SELERA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Keadaan medan selera yang tidak tersusun ditambah pula dengan tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuai premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu
ini?Yang Berhormat sekalian, tindakan membuat pengubahsuaian tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan di medan selera / gerai Majlis adalah salah dan tidak dibenarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan tindakan merobohkan binaan tanpa kelulusan boleh diambil. Sehubungan itu, perkara ini diteliti dan sekiranya medan selera / gerai tersebut memerlukan pengubahsuaian, maka pihak PBT perlu menyediakan satu pelan yang standard supaya pengubahsuaian yang dilaksanakan adalah seragam dan tersusun. Mana-mana peniaga yang degil dengan melaksanakan pengubahsuaian tanpa kebenaran, pihak PBT boleh membatalkan penyewaan gerai medan selera tersebut.
-
Berapakah jumlah medan selera yang terdapat di Dusun Tua?
Untuk makluman Y.B, hanya terdapat sebuah medan selera sahaja di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang di DUN Dusun Tua iaitu Medan Selera Taman Perkasa yang mempunyai 20 unit gerai.
-
Adakah terdapat perancangan untuk menaiktaraf medan selera seperti kemudahan
tandas awam dan parking?Buat masa ini, tiada permohonan dan peruntukan yang diberikan bagi tujuan menaiktaraf kawasan tersebut.