Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
144) MBI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sumbangan dan tajuk program oleh syarikat GLC di bawah MBI Selangor mengikut DUN sepanjang tahun 2020 - 2021?
Untuk makluman, CSR Kumpulan MBI menerima banyak permohonan CSR daripada pelbagai pihak setiap tahun, maka tiada maklumat spesifik mengikut DUN. Sumbangan untuk aktiviti CSR adalah merangkumi kategori / program seperti berikut:-
▪ Keagamaan / Moral / Kebajikan
▪ Pembangunan infrastruktur
▪ Program Kerajaan Negeri
▪ Pembangunan Sukan
▪ Pembangunan Sosial
▪ Pendidikan
Jumlah sumbangan MBI dan anak syarikat utama milikan MBI kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan inisiatif sosial bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti perincian berikut;
Nama Syarikat 2020 (RM)
2021 (RM)
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) 86,594,000 73,972,000 Permodalan Negeri Selangor Berhad 6,944,000 13,828,000 KDEB Waste Management Sdn Bhd 1,044,000 1,366,000 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 7,261,000 10,807,000 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 178,000 197,000 Tourism Selangor Sdn Bhd – 10,000 Media Selangor Sdn Bhd 10,000 417,000 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad – 365,000 SSDU Innovations Sdn Bhd – 116,000 Invest Selangor Berhad 10,000 20,000 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 2,213,000 1,686,000 Jumlah (RM) 104,254,000 102,784,000