Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
184) MB INCORPORATED
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kakitangan dan jumlah emolmen (Gaji dan Elaun) semua kakitangan dan Lembaga pengarah MB Incorporated?
Berdasarkan kepada pembayaran gaji Oktober 2021, terdapat seratus tiga puluh sembilan (139) anggota kerja MBI yang dilantik secara tetap dan kontrak sepenuh masa. Walaubagaimanapun, maklumat berkaitan gaji dan elaun warga kerja adalah sulit dan persendirian. Pihak MBI adalah tertakluk kepada peraturan syarikat dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang menjamin kerahsiaan maklumat peribadi warga kerja. Walaubagaimanapun, jika YB masih memerlukan maklumat tersebut, YB boleh membuat permohonan secara rasmi dan bertulis kepada YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
Seseorang yang ditawarkan bagi pelantikan jawatan sepenuh masa di MBI perlu menjalani proses temuduga dan menandatangani surat persetujuan menerima pelantikan ke jawatan sebelum memulakan tugas
-
Apakah kaedah dan syarat lantikan anggota kedalam MB Incorporated? Berapakah pecahan peratusan anggota berdasarkan kaum Melayu, Cina and India?
Bagi jawatan Pengurusan Utama, Pengurusan Kanan dan Pengurusan (jawatan yang dikenalpasti) adalah dilantik secara kontrak. Tempoh kontrak tersebut adalah di antara 2 atau 3 tahun dan lanjutan seterusnya bergantung kepada kelulusan Lembaga / Pengurusan.
Peratusan anggota kerja di MBI berdasarkan kepada pecahan kaum adalah seperti berikut:
Melayu – 96.40%
Cina – 2.16%
India – 1.44%