Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

348) MB INCOPORATED (MBI)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rasional penstrukturan atau "restructuring" semula anak-anak syarikat MBI dan apakah dan bilakah jaminan pulangan yang akan dihasilkan oleh MBI kepada Kerajaan Negeri hasil daripada penstrukturan semula ini?

    Pelan Penjajaran Strategik kumpulan MBI dilakukan bagi tujuan meningkatkan kecekapan aset dan operasi dengan memanfaatkan sinergi kumpulan. Antara faedah yang diperolehi melalui pendekatan tersebut adalah seperti berikut;

     

    1. Struktur tadbir urus yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

     

    1. Pemantauan yang lebih baik dan pengurusan risiko yang lebih cekap.

     

    1. Sinergi, koordinasi dan potensi kerjasama di antara milikan dapat dioptimumkan selain menghapuskan pertindihan peranan antara anak syarikat milikan.

     

    1. Model perniagaan yang lestari dan peningkatan kecekapan pengurusan kos operasi.

     

    1. Penyeliaan yang strategik.

     

    Pelan Transformasi Kumpulan MBI yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI bermula pada tahun 2024 sehingga 2028. Ianya terbahagi kepada 3 fasa; Fix pada tahun 2024, Growth tahun 2025-2026 dan Morph tahun 2027-2028. Sasaran pulangan kepada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM200juta bagi tempoh 5 tahun akan datang

Lampiran

Tiada Lampiran.