Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

167) MB INCOPORATED (MBI)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah anak syarikat yang terkini? Berikan senarainya.

    Berdasarkan data terkini, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) mempunyai 23 anak syarikat milikan seperti berikut;

    1. Bukit Beruntung Golf & Country Resort Bhd (BBGC)
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    4. Media Selangor Sdn Bhd
    5. UNISEL Sdn Bhd
    6. INPEN (Selangor) Sdn Bhd
    7. Air Selangor Holdings Berhad
    8. Rantaian Mesra Sdn Bhd
    9. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    10. Yayasan Hijrah Selangor
    11. Mantap Murni Sdn Bhd
    12. Invest Selangor Berhad
    13. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM)
    14. Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (KUSEL)
    15. Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIG)
    16. Tourism Selangor Sdn Bhd
    17. KDEB Waste Management Sdn Bhd
    18. SSDU Innovations Sdn Bhd
    19. Selangor Aviation & Technology Innovation Sdn Bhd (SELATI)
    20. Selangor Fintech Sdn Bhd
    21. Wanita Bedaya Selangor Sdn Bhd (WBS)
    22. Selangor E-Wallet Sdn Bhd
    23. HIS Toyyiba Sdn Bhd
  2. Apakah MBI mempunyai perancangan penstrukturan semula anak syarikat sedia ada?

    Pada 12 Disember 2023, Ahli Lembaga Pengarah MBI telah meluluskan pelan Penjajaran Strategik Kumpulan MBI yang telah dibentangkan oleh pihak Pengurusan MBI. Ianya merupakan sebuah Pelan Transformasi MBI merangkumi anak syarikat MBI bagi tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2024 sehingga 2028, sejajar dengan objektif MBI sebagai sebuah entiti Syarikat Pegangan Pelaburan (Investment Holdings Company “IHC”) bagi memastikan perniagaan anak syarikat lebih berdaya saing dan lestari.

  3. Berapakah bilangan anak syarikat MBI yang akan ditubuhkan tahun ini? Berikan senarainya.

    Setakat ini tiada perancangan penubuhan anak syarikat. Sekiranya ada keperluan, ianya akan mengikut Pelan Penjajaran Strategik Kumpulan MBI

Lampiran

Tiada Lampiran.