Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

265) MB INCOPORATED (MBI)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah MBI boleh memiliki tanah serta mempunyai "land bank"?

    Kerajaan Negeri mempunyai dasar pemberimilikan tanah kepada MBI mengikut Pekeliling PTGS bil. 05/2011 bertarikh 13 Jun 2011. Setiap tanah-tanah yang diberimilik kepada MBI perlu melalui proses-proses standard pemberimilikan yang berlandaskan Kanun Tanah Negara 1965 bermula daripada proses permohonan sehingga hakmilik didaftarkan atas nama MBI dan setiap pemberimilikan tanah kerajaan kepada MBI perlu mendapat kelulusan MMKN terlebih dahulu.

  2. Senaraikan tanah milik Kerajaan Negeri yang diserahkan kepada MBI.

    Setakat ini, Kerajaan Negeri telah memberimilik tanah kepada MBI berjumlah keseluruhan 10,380.30 ekar yang terletak di beberapa daerah di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.