Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

194) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga akhir 2018, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan pertanian yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?

    Sehingga akhir 2018, jumlah keseluruhan panjang jalan pertanian yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS adalah sebanyak 1,200km.

  2. Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?

    Pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian adalah dengan membuat kerja-kerja penyelenggaraan berkala dan juga menyediakan inventori jalan-jalan yang telah diselenggara. Disamping itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sentiasa mencari kaedah teknologi terkini seperti Soil Stabilizer Base Road (SSBR) dan juga pengunaan ‘Polymer Base Road” bagi mengurangkan kerosakan berulang.

Lampiran

Tiada Lampiran.