Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
336) MASTER TITLE PUTRA PERDANA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini proses penyelesaian masalah Master Title Putra Perdana?
Secara keseluruhannya, Projek Pembangunan Putra Perdana adalah satu projek perumahan dalam skala yang agak besar. Projek ini melibatkan urusan tanah-tanah sebanyak 12 Plot kesemuanya. Daripada jumlah tersebut, hanya 5 Plot yang telah selesai urusan tanah. Manakala baki 7 Plot masih belum dapat diselesaikan dan masih dalam tindakan pihak-pihak yang
-
Apakah perkara yang masih menjadi halangan untuk perkara ini diselesaikan?
Antara perkara-perkara yang menghalang kelancaran proses urusan tanah bagi projek Pembangunan Putra Perdana adalah seperti berikut:
- Bayaran premium gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan dan tempoh pembayaran tersebut telah
- Dokumen hakmilik asal tidak diserahkan oleh Pemilik Tanah pada masanya.
- Terdapat Kaveat Persendirian yang dimasukkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
- Pertukaran pengurusan dalam Syarikat juga memberi kesan kepada proses
-
Bilakah jangkaan tarikh permasalah ini dapat diselesaikan?
Dalam keadaan semasa Pejabat Tanah boleh menyelesaikan urusan tanah yang terlibat dalam tempoh 3 bulan. Walau bagaimanapun, projek Putra Perdana ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh biasa kerana terdapat halangan-halangan yang telah disebutkan di atas. Dalam hal ini, Pemilik Tanah dan Pemaju adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan baru bagi penyelesaian hakmilik individu bagi plot-plot
* MAKLUMAT TAMBAHAN
BIL. PLOT HAKMILIK INDUK CATATAN 1. A PN 39250 Lot 14000 Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan dan hakmilik individu telah dikeluarkan. 2. B PN 39251 Lot 14001 Selesai – bagi Fasa 1 sahaja dan hakmilik asal telah dibatalkan manakala bagi Fasa 2 dan 3 telah dimohon semula melalui permohonan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah negara.
3. C PN 39252 Lot 14002 Tidak selesai – hakmilik asal tidak dapat dibatalkan kerana terdapat kaveat persendirian. 4. D PN 39253 Lot 14003 Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan. 5. E PN 39254 Lot 14004 Tidak selesai – hakmilik asal tidak diserahkan dan bayaran premium juga tidak dibayar dan telah luput. 6. F PN 39255 Lot 14005 Tidak selesai – premium tidak dibayar dan telah luput tempoh pada 1 Mei 2002. 7. G HSD 2479 PT 6256 (Lot 14006)
Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan dan 619 hakmilik baru telah didaftarkan. 8. H PN 39256 Lot 14007 Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan dan hakmilik individu telah dikeluarkan. 9. I PN 39257 Lot 14008 Tidak selesai – Tanah Rizab Melayu. 10. J PN 39259 Lot 14010 Tidak selesai 11. K PN 39258 Lot 14009 Tidak selesai 12. L PN 39260 Lot 14011 Tidak selesai