Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
277) MASTER TITLE PUTRA PERDANA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini proses penyelesaian masalah Master Title Putra Perdana?
Secara keseluruhannya, Projek Pembangunan Putra Perdana adalah satu projek perumahan dalam skala yang agak besar. Projek ini melibatkan urusan tanah yang melibatkan 12 plot kesemuanya. Daripada jumlah tersebut hanya 5 lot yang telah selesai urusan tanah. Manakala baki 7 lot masih belum selesai dan sedang dalam tindakan pihak-pihak yang
Butiran Plot adalah seperti berikut:-
BIL. PLOT HAKMILIK INDUK CATATAN 1. A PN 39250 Lot 14000
SELESAI – hak milik asal telah dibatalkan dan hak milik individu telah dikeluarkan. 2. B PN 39251 Lot 14001
SELESAI – bagi Fasa 1 sahaja dan hak milik asal telah dibatalkan manakala bagi Fasa 2 dan 3 telah dimohon semula melalui permohonan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah negara. 3. C PN 39252 Lot 14002
BELUM SELESAI – hak milik asal tidak dapat dibatalkan kerana terdapat kaveat persendirian. 4. D PN 39253 Lot SELESAI – hak milik asal telah dibatalkan. BIL. PLOT HAKMILIK INDUK CATATAN 14003 BIL. PLOT HAKMILIK INDUK
CATATAN 5. E PN 39254 Lot 14004
BELUM SELESAI – hak milik asal tidak diserahkan dan bayaran premium juga tidak dibayar dan telah luput. 6. F PN 39255 Lot 14005
BELUM SELESAI – premium tidak dibayar dan telah luput tempoh pada 1 Mei 2002. 7. G HSD 2479 PT 6256 (Lot 14006)
SELESAI – hak milik asal telah dibatalkan dan 619 hak milik baru telah didaftarkan. 8. H PN 39256 Lot 14007
SELESAI – hak milik asal telah dibatalkan dan hak milik individu telah dikeluarkan. 9. I PN 39257 Lot 14008
BELUM SELESAI – Tanah Rizab Melayu. 10. J PN 39259 Lot 14010
BELUM SELESAI 11. K PN 39258 Lot 14009
BELUM SELESAI 12. L PN 39260 Lot 14011
BELUM SELESAI - Plot yang telah selesai urusan tanah adalah Plot A, B, D, G dan H. Plot-plot tanah yang tidak selesai adalah dimiliki oleh Syarikat Continental Height (Plot C, E dan F) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) (Plot I, J, K dan L).
- Syarikat Kenshine Corporation Sdn. Bhd. (pemaju) telah digulung dengan Perintah Mahkamah pada 8 September 2016 dan pihak Mahkamah telah melantik Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd. sebagai Liquidator.
- Permohonan baru hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Daerah/Tanah Sepang agar Notis 5A (Bayaran Premium) dapat dikeluarkan bagi mengatasi masalah ini. Hakmilik Individu akan dikeluarkan sekiranya premium dijelaskan dan Master Title
-
Apakah perkara yang masih menjadi halangan untuk perkara ini diselesaikan?
Sekiranya pemilik tanah mengemukakan permohonan baru untuk diproses, perkara yang menjadi halangan adalah:
- Bayaran premium yang dikenakan berdasarkan kepada penilaian
- Terdapat banyak Kaveat dalam Master Title. Kesukaran untuk mendapatkan kebenaran dalam masa yang
-
Bilakah jangkaan tarikh permasalahan ini dapat diselesaikan?
Permasalahan ini dapat diselesaikan sekiranya Pemilik Tanah iaitu Kenshine Corporation dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mengambil tindakan yang proaktif dalam menangani permasalahan