Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
184) MASTER PLAN LABU LANJUT 2.0
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini cadangan "Master plan Labu Lanjut 2.0" terutama keatas pengambilalihan dan menaiktaraf jalan-jalan PLB ækepada MPSepang?
Kajian pelan infrastruktur Labu Lanjut telah dusedikana oleh Majlis Perbandaran Sepang pada tahun 2016. Pelan infrastruktur ini telah digunakan sebagai panduan utama di dalam kawaalam dan perancangan pembangunan di kawasan labu lanjut terutama penyediaan rezab jalan dan perparitan utama.
Di dalam cadangan pelan infrastruktur ini jalan jalan PLB sediada akan dinaiktaraf selaras dengan cadangan rezab jalan yang dicadangkan. Pengambilaihan jalan jalan ini hanya akan di ambil alih setelah ini pembangunan di kawasan tersebut telah dibangunkan.
-
Apakah rancangan alternatif bagi mengatasi kesesakan di waktu puncak terutama di sekitar kawasan Kampung Labu Lanjut, Giching dan Salak Tinggi?
Untuk mengatasi masalah kesesakan di waktu puncak di kawasan kampung Labu lanjut, Giching dan Salak, Majlis mencadangkan beberapa perkara seperti berikut;-
- Menjadikan beberapa jalan utama di jadikan jalan sehala; dan
2. Tidak membenarkan kenderaan berat melalui kawasan ini di waktu puncak