Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
34) MASTER PLAN 50 TAHUN BEKALAN AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos yang dibayar oleh Kerajaan Selangor kepada Perunding dalam kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study For Selangor yang dikatakan akan dijadikan Master Plan bekalan air Selangor untuk 50 tahun akan datang?
Kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study For Selangor dibuat khusus untuk Negeri Selangor mengenai bekalan air yang merangkumi aspek sumber air mentah hinggalah ke pengagihan air kepada pengguna. Kajian yang menyeluruh ini akan dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada justifikasi bahawa:
- Kerajaan Negeri adalah bertanggung jawab untuk menyediakan sumber air yang mencukupi sama ada untuk dirawat oleh operator rawatan air atau untuk diagihkan kepada pengguna;
- Sumber-sumber air mentah sedia ada telah semakin terhad, maka adalah baik untuk Kerajaan Negeri bersedia mencari sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Walaupun Langat 2 beroperasi, sekiranya Negeri Selangor mempunyai sumber air sendiri, maka kos yang akan dibayar adalah lebih rendah berbanding Langat 2;
- Dalam mengenal pasti sumber-sumber baru, melalui kajian yang menyeluruh, Kerajaan Negeri boleh menguntukkan (earmark) mana-mana tapak yang bersesuaian untuk dibangunkan bagi
Projek Bekalan Air masa hadapan, maka dengan itu kos pengambilan balik tanah dapat dijimatkan;
- Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain; dan
- Melalui kajian ini, Kerajaan Negeri dapat menyediakan masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang.
- Kos untuk membuat kajian ini adalah sebanyak Ringgit Malaysia Dua Juta Empat Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ribu Empat Ratus Dua Puluh Lima Dan Sen Enam Puluh Dua (RM2,499,425.62) Termasuk Cukai Perkhidmatan Mengikut Pecahan Berikut:-
- Fee Perunding : RM2,073,008.70
- Imbuhan Balik : RM284,940.00
- GST: RM141,476.92
Kos kajian termasuk bayaran imbuhan balik serta bayaran bagi Purchase of Software and Map, Water Quality Sampling, Other Necessary Stampling & Laboratory Test
-
Mohon dinyatakan, siapakah syarikat atau individu yang dilantik sebagai perunding berkenaan serta latar belakang pengalaman dan kepakaran mereka?
Firma perunding yang dilantik untuk melaksanakan kajian ini adalah Tetuan SMHB Sdn Bhd bersama dengan Tetuan Juru Perunding Zaaba Sdn Bhd.
-
Setakat ini bagaimana prestasi perunding berkenaan dan apakah maklumat-maklumat awal yang telah dibekalkan kepada kerajaan dalam menangani Krisis Air Selangor?
Tetuan SMHB Sdn Bhd merupakan perunding yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang sangat luas mengenai sistem agihan air terawat di Negeri Selangor memandangkan firma ini terlibat di dalam kerja-kerja reka bentuk dan pengawasan semasa pembinaan loji-loji rawatan air semenjak tahun 1960an lagi. Perunding ini juga pernah terlibat dalam membuat beberapa kajian berkaitan bekalan air di Negeri Selangor seperti:-
- Development of Sungai Selangor for Water Supplies to Klang Valley and Southern Kuala Selangor, 1983
- Distribution Study and Strategic Planning For water Supply in The State of Selangor and Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1998
- National Water Resource Study 2000-2050
Kajian Semula Sistem Pengagihan Sediaada dan Perancangan Strategik bagi bekalan Air Untuk Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,“Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur And Putrajaya Water Supply System Augmentation Study”, 2012 Demand and Distribution Study, 2015
- Tetuan SMHB Sdn Bhd dan Tetuan Juru Perunding Zaaba Sdn Bhd mempunyai keupayaan profesional dari segi kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan mekanikal serta mempunyai tenaga kerja yang besar serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
- Tetuan Juru Perunding Zaaba Sdn Bhd merupakan perunding yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang luas mengenai sumber air di kawasan Lembangan Sungai Langat kerana pernah menyediakan kajian-kajian berikut:-
- Sungai Langat Water Abstraction Studies for Lion Tin Blast Furnace Sdn Bhd;
- River and Coastal Hydraulic Study for the Sungai Langat Navigation Development, Selangor;
- Hydraulic and Groundwater Modeling Study for Kuala Langat Tin Mining Project by Lion Tin Sdn.
- Program Pengurangan Air Tidak Berhasil – Projek Penggantian Paip Air Lama di Wilayah Hulu Langat, Selangor,Malaysia;
- National Water Resource Study 2000-2050