Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

58) MASJID TAMAN SELAYANG MUTIARA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini kelulusan kemajuan untuk pembinaan masjid Taman Selayang Mutiara?

    Kerja-kerja awalan oleh jawatankuasa pembinaan di atas tanah tersebut telah dihentikan sementara oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana tidak mematuhi syarat Kebenaran Merancang (KM). Usaha sedang dibuat oleh jawatankuasa pembinaan untuk memenuhi piawaian PBT dan pihak MAIS selaku pemilik tanah. Permasalahan pembinaan masjid berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) yang akan datang untuk diteliti dan mendapat pandangan lanjut.

Lampiran

Tiada Lampiran.