Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

51) MASJID/SURAU – KUTIPAN SEWAAN MENARA TELCOS

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk memberi hasil kutipan tersebut kepada Masjid atau Surau?

    Ya.

  2. Jika ada, berapakah jumlah yang akan diberi dan bagaimana proses pembayaran dibuat?

    Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) yang bersidang pada 5 Oktober 2022, Jawatankuasa telah bersetuju untuk menyalurkan semula hasil sewaan berjumlah 33.3 % atau 1/3 dari hasil sewaan untuk masjid dan surau yang mempunyai menara TELCO berkenaan.

    Pihak masjid atau surau yang mempunyai TELCO perlu mengemukakan penyata bank terkini kepada TIJARI untuk mengenalpasti status aktif akaun dan pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.