Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

38) MASJID SUBANG BESTARI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak-pihak berkepentingan selain daripada JAIS dan JKR untuk memastikan pembinaan masjid tersebut berjalan lancar?

    Pihak-pihak lain yang berkepentingan adalah pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan pihak Jabatan Mufti Selangor.

  2. Dimanakah lokasi dan luas tapak masjid tersebut?

    Lokasi dan luas tapak masjid tersebut seperti di lampiran.

  3. Apakah masalah besar yang kini dihadapi untuk memastikan pembinaan mengikut jadual?

    Masalah besar yang kini dihadapi untuk memastikan pembinaan mengikut jadual ialah :-

     

    1. Kerja tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kelulusan daripada pihak MITI.
    2. Waktu bekerja dihadkan.
    3. Bilangan pekerja di tapak pembinaan dihadkan.
    4. Kemajuan fizikal di dalam jadual tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang.
    5. Bahan binaan lewat sampai di tapak bina disebabkan kilang tidak beroperasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.