Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

290) MASJID PENGURUSAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah bilangan masjid pengurusan berbanding masjid kariah di Selangor?

    Ya, akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada keupayaan bajet kewangan Kerajaan Negeri Selangor dari semasa ke semasa.

  2. Sejauh mana prestasi pengurusan dan pentadbiran masjid pengurusan berbanding dengan masjid kariah?

    Secara umumnya, prestasi pentadbiran dan pengurusan Masjid Pengurusan semakin baik. Program pengimarahan dan pengurusan kewangan terus dapat dipertingkatkan sejajar dengan hasrat MAIS dan Kerajaan Negeri. Selain itu masjid terus dipacu sebagai pusat penyatuan ummah dan bebas dari politik kepartian.

Lampiran

Tiada Lampiran.