Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
256) MASJID PENGURUSAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan masjid pengurusan mengikut daerah?
Jumlah Masjid Pengurusan adalah 47 buah masjid dan senarai mengikut daerah adalah seperti berikut:
DAERAH BIL. MASJID Petaling 19 Klang 7 Hulu Langat 4 Hulu Selangor 3 Gombak 4 Kuala Langat 3 Sepang 3 Kuala Selangor 3 Sabak Bernam 1 JUMLAH 47 -
Apakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai KPI untuk menjadikan masjid kariah kepada masjid pengurusan?
Sasaran MAIS adalah untuk menaiktaraf semua masjid kariah. Namun pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.
-
Apakah ada masjid kariah yang bermasalah dan dicadangkan untuk dijadikan masjid pengurusan? Senaraikan masjid tersebut.
Penetapan Masjid Pengurusan adalah bergantung kepada persetujuan pihak MAIS bagi meningkatkan taraf profesionalisme dan kecekapan pentadbiran masjid yang akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada keupayaan kewangan.