Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
173) MASJID PEKAN DENGKIL
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan 3 juta sejak 2009 dan kerajaan negeri 2 juta bagi pembinaan masjid di Pekan Dengkil. Bilakah projek tersebut akan dimulakan?
Berdasarkan perancangan awal, projek tersebut sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2010. Namun, penyelesaian masalah tapak di tapak asal masjid sedia ada masih lagi tidak dapat di selesaikan.
-
Adakah akan dibina di tapak sedia ada atau tapak yang baru?
- Pembinaan tapak tersebut masih belum lagi diputuskan walaupun perancangan awal daripada pihak Kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan projek tersebut di tapak lama iaitu tapak masjid sedia ada.