Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
109) MASJID PEKAN DENGKIL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masjid Pekan Dengkil telah lama dalam cadangan untuk dibina semula dan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak 3 juta telah diluluskan pada tahun 2010. Bilakah pembinaan masjid tersebut akan dimulakan?
Tender untuk kontrak pembinaan masjid tersebut telah ditutup pada 26/1/12 dan pembinaannya akan dimulakan sebaik sahaja kontraktor yang berjaya, dilantik.
-
Berapakah jumlah sebenar sumbangan dari kerajaan negeri untuk pembinaan tersebut?
Sumbangan Kerajaan Negeri untuk pembinaan masjid tersebut berjumlah RM2 juta