Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
111) MASJID-MASJID DI SELURUH SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan butiran terperinci berapa buah Masjid di seluruh Selangor yang dalam peringkat perancangan dan bilakah ia akan dimulakan pembinaannya?
-
Bagi memastikan pembinaan masjid ini lama ditangguhkan apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyegerakan pembinaannya yang telah pun mempunyai tanah untuk didirikan?
-
Berapakah anggaran peruntukan terendah dan tertinggi yang dapat disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi kos membaik pulih serta kos penyelenggaraan bagi sesuatu masjid?