Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

61) MASJID KOTA DAMANSARA 2 DAN MASJID SUBANG BESTARI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini kedua-dua masjid tersebut?

    Status terkini kedua-dua masjid tersebut ialah:

     

    1. MASJID KOTA DAMANSARA 2

     

    Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) baru sahaja terima kelulusan Perbendaharaan Negeri Selagor bagi pelantikan perunding. Oleh itu, pihak JKR dalam proses untuk melantik Perunding Utama. Justeru, jangkaan Surat Setuju Terima (SST) dapat dikeluarkan kepada Perunding Utama ialah pada bulan April 2023 manakala jangkaan tender adalah pada bulan November 2023.

     

    1. MASJID SUBANG BESTARI:

    Masjid sedang dalam pembinaan. Kerja yang sedang dijalankan di tapak adalah :

    • RE Wall 9 (Tembok Penahan)

    – Pemasangan base dan panel

    • 1st Floor beam & slab Seksyen 2

    Pemasangan formwork dan rebar (dijangka konkrit pada   25/2/2023)

    • Bilik TNB Seksyen 3 termasuk cable trench

    Pemasangan formwork dan rebar (dijangka konkrit pada 2/3/2023)

    • Seksyen 2 dan 3

    – Pemasangan perancah untuk 1st floor beam dan slab

    • Proses penyambungan bekalan elektrik sementara
  2. Adakah pembinaan tersebut mengikut jadual yang telah di rancangkan?

    Pembinaan kedua-dua masjid tersebut:

     

    1. MASJID KOTA DAMANSARA 2 :

    Mengikut perancangan, projek ini dijangka dapat diiklan/ tender pada November 2023 dan jangkaan Surat Setuju Terima (SST) dapat dikeluarkan Februari 2024. Tempoh pembinaan bagi projek ini adalah 24 bulan dan jangkaan tarikh siap adalah pada Mac 2026.

     

    1. MASJID SUBANG BESTARI :
    • Pembinaan masjid adalah lewat daripada jadual semasa.
    • Kemajuan di tapak sehingga 24 Februari 2023 adalah 23% (sebenar) berbanding jadual iaitu 49% mengikut Program Kerja Lanjutan Masa (EOT) No.1 dimana kelulusan tambahan sebanyak 261 hari telah diluluskan disebabkan kelewatan memperolehi Kelulusan Pelan Bangunan (PB) daripada pihak MBSA.
    • Lanjutan Masa No.1 telah diluluskan pada 4 November 2022 dimana Tarikh siap semasa projek ini adalah pada 7 Disember 2023 dengan penambahan sebanyak 261 hari. Tarikh penyiapan asal projek adalah 21 Mac 2023.
    • Projek ini juga mengalami kelewatan disebabkan tiada kemajuan kerja aktiviti tapak yang melibatkan pasukan projek pihak kontraktor yang pertama. Trend mendapati tiada kemajuan di tapak bermula dari bulan Mac 2021 sehingga April 2022. Kenaikan sebanyak 4% bermula pada bulan Mei 2022 dan kekal tiada pertambahan kemajuan sehingga Julai 2022.
    • Pada Ogos 2022, pasukan projek daripada pihak kontraktor yang baharu telah mengambil alih kerja di tapak bagi memastikan program kerja di tapak mengikut jadual yang ditetapkan dapat di capai. Trend mendapati purata kenaikan sebanyak 3% setiap bulan di capai melalui pelaporan di dalam Mesyuarat Tapak yang diadakan setiap bulan dimana kerja tanah dapat dimulakan pada 1 Ogos 2022.
  3. Berapa peratusan fizikal telah siap?

    Peratusan fizikal telah siap:

     

    1. MASJID KOTA DAMANSARA 2 :

    Masih dalam peringkat perancangan.

     

    1. MASJID SUBANG BESTARI :

    Sehingga tarikh 24 Februari 2023, kemajuan di tapak adalah 23% (sebenar) berbanding 49% (Jadual Program Kerja Lanjutan Masa No.1).

Lampiran

Tiada Lampiran.