Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

39) MASJID KOTA DAMANSARA 2

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah tarikh siap pembinaan masjid tersebut mengikut jadual asal dan terkini?

    Tender pembinaan Masjid Kota Damansara 2 dijangka akan dibuka pada tahun 2022 dan mengambil masa untuk siap selama 3 tahun iaitu tahun 2025.

  2. Apakah masalah terbesar dan terkini yang dihadapi untuk memastikan pembinaan tersebut berjalan lancar mengikut jadual?

    Buat masa ini tiada masalah besar yang timbul. Kerja-kerja awal seperti kerja penyiasatan tanah sedang dilaksanakan oleh pihak JKR.

  3. Siapakah pihak-pihak berkepentingan selain JAIS dan JKR dalam memastikan pembinaan masjid ini berjalan lancar dan mengikut jadual?

    Pihak-pihak lain yang berkepentingan bagi memastikan pembinaan masjid ini berjalan lancar adalah pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan pihak Jabatan Mufti Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.