Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

132) MASJID KG MELAYU BATU 16 RAWANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kemajuan permohonan pihak masjid Kg. Melayu Bt 16 Rawang untuk mendapatkan kelulusan tanah kubur Baharu milik PDRM?

    Permohonan Tapak Lapang Sasar Polis Sebagai Tapak Tambahan Kubur Islam

     

    1. Lot 3887 telah digezetkan sebagai Tapak Lapang Sasar Polis (Police Rifle Range Reserve) dibawah rizab persekutuan dan dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri pada 18hb November 1964 (GN-784-64).

     

    1. Pihak JAIS telah kemuka permohon kepada IPK Selangor pada 9hb Ogos 2019 dan PTD Gombak pada 29hb Januari 2020 bagi maksud memohon tapak tersebut sebagai tapak tambahan Kubur Islam.

     

    1. Walaubagaimanapun, permohonan tersebut telah tidak dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri seperti yang disampaikan oleh PTD Gombak melalui surat no. rujukan PTG.No.9/2/2020 bertarikh 18hb April 2022.

     

    1. Sehubungan dengan itu, permohonan tersebut ditolak dan pihak JAIS telah memaklumkan perkara ini kepada Jawatankuasa Masjid Batu 16 Rawang pada 18hb Mei 2022 no. rujukan surat JAI.SEL.BKP/03/016/2/23 (27).

Lampiran

Tiada Lampiran.