Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
113) MASJID KG MELAYU BATU 16 RAWANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kemajuan permohonan pihak masjid Kg Melayu Bt 16 Rawang untuk mendapatkan kelulusan tanah kubur Baharu milik PDRM?
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan surat permohonan bagi melepaskan pemilikan tanah daripada agensi berkenaan pada 11 April 2019 dan sedang menunggu maklum balas. Dalam masa yang sama, pihak JAIS turut mengemukakan cadangan bagi tujuan pewartaan kepada Pejabat Daerah Tanah/ Gombak pada 29 Januari 2020.