Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
343) MASJID JAMIURRAHMAH KAMPUNG LIMAU MANIS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis yang dibina semula tetapi terbengkalai sehingga kini?
Pembinaan masjid ini bukan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) atau Rancangan Selangor Pertama (RS 1). Projek pembinaan masjid ini menggunakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan (ICU JPM) dan kutipan dana orang awam, dimana pecahanannya iaitu sebanyak RM 7,000,000.00 dari ICU JPM dan RM 800,000.00 dari dana orang awam. Oleh itu, kos siling projek ni adalah berjumlah RM 7,800,000.00.
Walau bagaimanapun, JKR Selangor telah membuat anggaran kos awalan bagi projek pembinaan masjid ini kepada RM9,317,000.00 dan memaklumkannya kepada ICU JPM. Selain itu, kontraktor utama gagal mematuhi obligasi di tapak dan kemajuan fizikal ketika kemajuan pembinaan dalam 36% siap. Kontraktor utama ini telah ditamatkan kontraknya pada 11 Mac 2024.
Projek ini dijangka diteruskan semula dengan lantikan baharu kontraktor utama apabila peruntukan tambahan yang diperlukan oleh ICU JPM sebanyak RM1,596,700.00 yang akan diperolehi dalam masa terdekat dengan dana daripada Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar.