Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
165) MASJID DUN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status kini berkenaan permohonan pembinaan masjid baru di Taman Pelangi Rawang.
Pembinaan masjid baru di Taman Pelangi Rawang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMK 12) yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2025.
-
Nyatakan status kini berkenaan permohonan baik pulih Masjid Nurul Iman Rawang.
Cadangan baik pulih masjid tersebut telah disenaraikan dalam Rancangan Baikpulih Dan Penyelenggaraan Jabatan Agama Islam Selangor (RBPJ) untuk dilaksanakan pada tahun 2023.
-
Nyatakan status kini berkenaan penyelesaian isu hak milik tanah masjid di Batu Arang.
Pihak JAIS telah memohon pewartaan tapak tersebut dari Pejabat Daerah Gombak (PTDG) pada 20 April 2014. Walaubagaimanapun, pada 9 September 2015 PTDG telah mengemukakan syor kepada JAIS untuk ditambahbaik beberapa perkara termasuklah menghantar semula pelan baru yang disediakan oleh pihak jurukur untuk permohonan semula proses pewartaan.
Buat masa ini, JAIS dalam proses melantik jurukur yang bertauliah untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan.