Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
263) MASJID DAN SURAU JUMAAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengenai masjid dan surau diri Jumaat di Negeri Selangor
Berapakah jumlah terkini masjid dan surau diri Jumaat di Negeri Selangor?Jumlah Masjid dan Surau Diri Jumaat Sehingga Oktober 2023
Bil Institusi
Jumlah
1 Masjid
438
2 Surau Diri Jumaat
348
Sehingga Oktober 2023 terdapat 348 buah Surau Kebenaran Solat Jumaat telah diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperbanyakkan surau diri Jumaat di Negeri Selangor dalam mengatasi masalah limpahan jemaah pada setiap kali Jumaat?
Tidak. Semua pertimbangan untuk kelulusan kebenaran Surau Solat Jumaat adalah tertakluk dengan hukum hakam, pertimbangan dan kelulusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Tdabir Urus Nasjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS).
-
Bagaimana pula dengan perancangan pembinaan masjid di Selangor?
Perancangan pembangunan masjid di Negeri Selangor akan dilaksanakan melalui beberapa pendekatan :-
- Buat masa ini pihak JAIS sedang menilai keperluan pembinaan masjid dari masa ke semasa.
- Mulai tahun 2025, pihak JAIS akan mulakan perancangan pelaksanaan pembinaan masjid bagi tempoh 10 tahun.
- Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) akan meluluskan dana awam pembinaan masjid berdasarkan masjid-masjid yang yang tersenarai dalam rancangan 10 tahun.
- Mana-mana masjid yang tidak termasuk senarai perancangan 10 tahun JAIS akan dibincangkan lebih detail keperluannya dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS).