Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

354) MASJID BARU KAMPUNG SUNGAI HAJI DORANI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan masjid baru Kampung Sungai Haji Dorani?

    Tiada pembinaan masjid baru Kampung SungaI Haji Dorani akan dibuat kerana permohonan pembinaan masjid tidak diterima semasa Mesyuarat Project Vetting bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bersama pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

  2. Bilakah dijangka masjid akan dapat digunakan oleh masyarakat setempat?

    Tidak berkaitan kerana tiada pembinaan masjid akan dilaksanakan.

  3. Memandangkan segala bahan binaan meningkat, adakah akan memberi kesan kepada pembinaan masjid baru ini?

    Tidak berkaitan kerana tiada pembinaan masjid akan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.