Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
316) MASJID AL-HUDA, PAYA JARAS, SUNGAI BULOH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaik taraf Masjid Al-Huda, Paya Jaras?
Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaik taraf Masjid Al-Huda, Paya Jaras buat masa ini.
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri membuat Road Safety Audit (RSA) di jalan tersebut?
JAIS
Road Safety Audit (RSA) Fasa 3 telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada bulan Jun 2021.
MBSA
Untuk makluman pihak Majlis tidak membuat Road Safety Audit (RSA) di Jalan Kuala Selangor kerana jalan tersebut di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya.
-
Bilakah persimpangan dan lampu isyarat untuk laluan masuk ke masjid tersebut dapat dilaksanakan?
JAIS
Persimpangan dan lampu isyarat untuk laluan masuk ke masjid tersebut dijangka akan dibuat pada bulan September 2025. Status tindakan terkini, JKR sedang menguruskan proses pengambilan balik tanah di kawasan tersebut kerana terdapat struktur haram di dalam tanah kerajaan.
MBSA
Pembinaan lampu isyarat tersebut adalah di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya kerana Jalan Kuala Selangor di bawah agensi yang berkenaan.